Iberet folic untuk ibu hamil
Sale!

Iberet Folic 500mg 30s Untuk Tambah Darah Ibu Mengandung

RM45.00 RM29.00

0 Sold

Ubat Iberet folic adalah salah satu suplemen yang selalu diberikan kepada ibu mengandung terutamanya mereka yang sedang mengalami masalah kekurangan darah merah.

Description

Ubat Iberet folic adalah salah satu suplemen yang selalu diberikan kepada ibu mengandung terutamanya mereka yang sedang mengalami masalah kekurangan darah merah.

Jika dibandingkan dengan obimin dan Zincofer, Iberet mempunyai jumlah elemen zat besi yang sederhana iaitu 100mg dalam satu tablet. Zincofer mengandungi 115mg dan Obimin pula mengandungi 30mg.

Jadi, apabila seseorang wanita hamil itu mengalami kekurangan sel darah merah, pesakit akan diberi obimin terlebih dahulu jika bacaan Haemoglobin nya(Hb) tidak terlalu rendah. Jika Hb nya masih tidak naik, kita akan tukar kepada Iberet. Dan jika bacaannya masih sama, barulah kita akan berikan ubat Zincofer.

Walaupun terdapat zat besi di dalam diet yang kita ambil, tetapi wanita hamil masih memerlukan suplemen supaya Hb dapat bertambah ke bacaan yang normal sebelum proses kelahiran.

Bacaan Hb yang rendah meningkatkan risiko seseorang ibu mengandung kepada pendarahan yang teruk ketika melahirkan anak. Bahkan ia juga boleh menyebabkan pembesaran anak terbantuk ketika di dalam kandungan.

Ubat Iberet Folic Untuk Apa?

Ubat ini dijual dengan jenama Iberet-folic 500 dan ia mempunyai nutrien untuk menambahkan sel darah merah ibu mengandung serta nutrien untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.

Bagi wanita hamil yang tidak mempunyai masalah kurang darah merah, mereka boleh mengambil suplemen obimin bagi kandungan tersebut.

Suplemen Iberet ini digunakan hanya bagi mereka yang mengalami kekurangan darah merah.

Cara Makan Ubat Iberet Folic & Dos.

Terdapat beberapa bahan yang berada di dalam tablet Iberet ini seperti:

Ferum Sulfate Controlled release 525mg(bersaman 100mg elemen zat besi)
Vitamin C – 500mg
Vitamin B1 – 6mg
Vitamin B2 – 6mg
Vitamin B3 – 30mg
Vitamin B6 – 5mg
Asid folik – 800mcg
Calcium Pantothemate – 10mg

Dos & cara pengambilan : Pengambilan Iberet ini adalah 1 tablet dalam sehari.

Ia hanya akan di preskripsi oleh doktor jika anda mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Jika bacaan sel darah merah masih tidak meningkat juga, suplemen ini mungkin akan ditukar kepada suplemen Zincofer yang mempunyai elemen zat besi yang lebih banyak.

Jika sel darah masih rendah, selalu doktor akan membuat ujian darah bagi mengenal pasti punca kepada masalah tersebut kerana ia boleh disebabkan punca yang lain seperti talasemia.

en_USEnglish