0RM0.00

No products in the cart.

Sale!

Ubat Sembelit Untuk Dewasa 1 Set

RM60.00 RM40.00

13 Sold

Ubat sembelit tablet + fiber – cara melembutkan najis yang keras & cara merawat sembelit.

Sembelit adalah satu gejala, bukannya penyakit. Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan susah untuk buang air besar.

Punca/sebab sembelit terjadi :

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah seperti :

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Rawatan kami :

Ubat makan 30 biji + fibre sachet 1 box.

Ubat makan tidak sesuai untuk wanita mengandung atau menyusu.

Cara makan : ubat makan 2 biji sehari malam

: Minum – 1 sachet 2 kali sehari.

Kenapa perlu rawat sembelit ?

Komplikasi sembelit adalah :

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Category: Tag:
en_USEnglish