Uncategorized

Vitamin Saraf untuk Kebas dan Kesihatan Saraf

kaki kebas akibat sakit saraf

Vitamin Saraf untuk Kebas dan Kesihatan Saraf

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation) pada bahagian tertentu seperti kebas pada jari tangan.

Kebiasaannya kebas berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.

Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.

Salah satu punca kebas adalah kurang vitamin saraf dalam badan seperti vitamin B.

Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh keadaan berikut:

✅ Kecederaan pada saraf akibat kemalangan
✅ Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap
✅ Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi, strok dan hypothyroidism.

Antara vitamin dan mineral vitamin untuk bantu kurangkan kebas dan kesemutan ialah:

Vitamin B1,B6 dan B12
– Menjaga fungsi saraf dengan baik, melindungi sel dan mempercepat regenerasi jaringan saraf.

Senarai ubat kebas yang mengandungi vitamin B1,b6 & B12 seperti berikut :

1. Ubat Neurobion tablet – Beli online neurobion tablet di sini

2. Mecobalamin 500mcg

3 Mecovit mecobalamin 500mcg

4. Neurovit vitamin B1 b6 b12

5. Neurovit forte vitamin b1 b6 b12

Vitamin E
– Menjaga kesihatan mata, kulit, organ reproduksi, darah dan otak.

Alpha lipoic acid (ALA)
– Memperlambat kerosakan saraf.
– Mengatasi gejala neuropati dalam hanya beberapa minggu, termasuk rasa panas dan tertusuk.
– Melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Walaubagaimanapun, jika kebas tangan atau kaki yang berterusa sila berjumpa dengan doktor di fasiliti kesihatan yang terdekat.

 

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *