Ubat

Ubat Alergik Untuk Merawat Alergik Makanan

Alergik makanan adalah tindakbalas abnormal yang ditunjukkan oleh badan kerana sistem imunisasi mengesan makanan tertentu sebagai bahan yang membahayakan. Apakah ubat alergik makanan yang dapat mengatasi gejala alergik makanan dengan cepat?

Ubat untuk alergik makanan

Pelbagai jenis makanan boleh menjadi punca alergik. Sebagai contoh telur, susu, makanan laut, kacang, gandum, serta beberapa sayuran dan buah-buahan tertentu. Pengambilan makanan tersebut, samadaa sengaja atau tidak sengaja dalam kuantiti yang sedikit atau banyak, dapat merangsang sistem imunisasi untuk melepaskan histamin.

Histamin yang banyak dalam badan akan menyebabkan tubuh bertindakbalas secara negatif dengan penghasilan keradangan. Kesan daripada radang akan menyebabkan gejala alergi makanan seperti hidung berair, gatal-gatal di seluruh badan, bengkak pada bibir, lidah, mata, hingga mual-muntah, dan cirit-birit.

Ada sesetengah pesakit boleh mengalami simptom alergi makanan yang lebih teruk seperti sesak nafas yang boleh membahayakan nyawa jika tidak mendapatkan rawatan  segera.

Jika anda selalu mengalami tindak balas alergik, kemungkinan anda boleh dikatakan mempunyai masalah alergik. Terdapat pelbagai jenis ubat alergik yang boleh digunakan untuk merawat masalah allergik anda. Rawatan awal perlu untuk mencegah dari berlaku masalah yang lebih serius seperti anaphylactic.

Ubat alergik makanan

Perkara pertama yang anda perlu lakukan jika mengalami masalah alergik makanan adalah dengan mengambil ubat alergik. Ubat untuk allegik dapat bertindak untuk mengurangkan gejalan dengan cepat dan berkesan. Berikut adalah jenis-jenis ubat yang biasanya disarankan untuk merawat tindakbalas alergik makanan.

1. Antihistamin

Jika Anda mengalami alergik makanan, ubat antihistamin adalah salah satu ubat yang wajib Anda bawa bersama. Ubat antihistamin berfungsi menghentikan penghasilan histamin yang menjadi punca gejala alergik.

Beberapa contoh ubat antihistamin adalah  cetirizine, loratadine, dan fexofenadine. Ubat ini boleh didapati hanya di farmasi atau klinik.

Beberapa kesan sampingan yang biasa selepas mengambil antihistamin adalah rasa mengantuk, sakit kepala, sakit perut, dan mulut kering. Patuh pada label ubat, jangan memandu atau mengendalikan mesin jika anda mengambil ubat yang boleh menyebabkan mengantuk.

Pengambilan Antihistamin sering merupakan rawatan pilihan untuk merawat alergik makanan. Tapi, tidak semua gejalan alergik dapat dirawat dengan antihistamin. Kemungkinan doktor perlu menambah ubat lain sesuai dengan keadaan anda.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *