Vitamin

Vitamin A Untuk Apa, Sumber Vitamin A

Vitamin A adalah vitamin larut lemak yang menjadi faktor penting untuk penglihatan, sistem pertahanan tubuh dan juga untuk perkembangan sel-sel. Terdapat 2 jenis vitamin A iaitu retinoids (aktif) dan beta-carotene. Retinoid terdapat dalam sumber makanan yang berasaskan haiwan. Manakala beta-carotene diperoleh daripada sumber tumbuhan.

Fungsi Vitamin A : Vitamin A Untuk Apa?

  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Bagus untuk kesihatan kulit, gigi, & tulang
  • Bagus untuk penglihatan.

Makanan Yang Mengandungi Vitamin A

  • Keju
  • Susu & Yogurt
  • Telur
  • Ikan

Hati mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi. Pengambilan hati melebihi 2 kali seminggu boleh meningkatkan risiko Vitamin A larut lemak yang berlebihan. Vitamin A juga boleh didapati daripada sumber makanan yang mengandungi Beta-Carotene. Beta-Carotene akan ditukarkan kepada retinoid di dalam badan.Contoh makanan yang kaya dengan Beta-Carotene adalah sayur berdaun (merah,kuning atau hijau) dan buah-buahan seperti buah mangga, aprikot dan juga betik.

Kuantiti Vitamin A yang diperlukan oleh orang dewasa:

Lelaki : 0.7 mg sehari
Perempuan : 0.6mg sehari

Kesan pengambilan Vitamin A yang berlebihan.

Pengambilan vitamin A yang berlebihan (1.5 mg sehari) untuk beberapa tahun cenderung untuk menyebabkan pereputan tulang (bone fracture) apabila meningkat usia.

Pengambilan Vitamin A semasa mengandung.

Pengambilan Vitamin A yang berlebihan boleh membahayakan kandungan. Jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung, dinasihatkan agar tidak memakan hati atau mengambil suplement yang mengandungi Vitamin A. Ini kerana risiko untuk mengalami pengurangan Vitamin D semasa mengandung boleh meningkatkan risiko berlebihan Vitamin A.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *