Skincare

Cara Hilangkan Ketuat Tanpa Ikut Petua Pelik

Mungkin anda sedang stress dengan ketuat naik di tangan atau tapak kaki. Pelbagai petua hilangkan ketuat sudah anda cuba. Buat apa pening kepala ikut petua hilangkan ketuat sedangkan sudah ada rawatan yang diiktiraf dalam dunia perubatan untuk hilangkan ketuat.

Sebelum anda pergi lebih jauh untuk mencari solusi dan cara hilangkan ketuat berkesan, perlu kenal dulu apa itu ketuat.

Apa itu ketuat?

Ketuat adalah ketumbuhan kecil pada kulit yang berpunca daripada virus jenis human papilomavirus. Virus-virus ini boleh merebak ke seluruh anggota badan dan kepada orang yang ada kaitan dengan ketuat.

Jenis-jenis ketuat yang biasa berlaku?

  • Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
  • Ketuat plantar atau ketuat kaki – tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kun tetapi menghalang lapisan kulit biasa.
  • Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.

Ubat ketuat berkesan?

Terdapat beberapa jenis ubat ketuat yang terdapat di farmasi seluruh Malaysia. Terbahagi kepada 2 jenis persediaan ubat ketuat yang sesuai untuk ketuat di tapak kaki atau pada tangan. Ia juga boleh digunakan di kawasan lain. Namun jika ketuat berlaku di kawasan yang cenderung untuk komplikasi seperti muka sila dapatkan nasihat doktor anda.

Ubat ketuat jenis plaster : Terdapat pelbagai jenama ubat ketuat jenis plaster yang berkesan untuk hilangkan ketuat di tapak kaki & di tangan. Ubat ketuat jenis plaster berkesan hilangkan ketuat sehingga ke akar ketuat.

Plaster ketuat carnation corn caps terbukti berkesan untuk hilangkan ketuat. Harga yang berbaloi dan tidak overclaim sangat sesuai untuk anda yang sedang mengalami masalah ketuat samaada di tapak kaki atau tangan.

Di mana boleh dapatkan plaster ketuat ini?

Ubat ketuat jenis plaster ini boleh dibeli secara online atau di farmasi yang berdaftar.

Ubat ketuat jenis titik : Terdapat pelbagai jenama ubat ketuat jenis titik yang terdapat di pasaran Malaysia. Antaranya adalah duofilm & ellgy corn & warts. Ini adalah produk yang senang dibeli di Farmasi. Kesan seawal 2 hari. Inilah cara hilangkan ketuat di kaki dengan cepat. Tanpa perlu belanja yang besar dengan membeli produk yang tidak terbukti berkesan. Kandungan dalam duofilm adalah Salicylic Acid 17% yang terbukti secara kajian dapat hilangkan ketuat di tapak kaki atau tangan.

Anda boleh dapatkan ubat ketuat jenis titik di bawah :

Ellgy corn & warts solution

Duofilm corn & wart solution

Pastikan beli produk atau ubat ketuat yang berdaftar dengan KKM untuk menjamin kualiti produk sesuai dengan keadaan

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *