Isotretinoin Untuk Jerawat – Berbaloikah Ambil Risiko?

Isotretinoin Untuk Jerawat – Penjualan ubat-ubatan terkawal secara atas talian (online) merupakan satu masalah yang amat serius. Ubat-ubatan terkawal atau tidak berdaftar yang dijual boleh membawa masalah yang serius kepada pengguna. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil tindakan ke atas hampir 250 laman web dan 200 akaun sosial peribadi yang digunakan untuk menjual ubatan secara atas talian.

Isotretinoin adalah sejenis ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan penyakit jerawat yang serius. Ubat ini merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dari klinik, atau dari farmasi dengan preskipsi daripada doktor. Walaubagaimanapun, akibat daripada ketaksuban sebahagian rakyat Malaysia untuk mendapatkan kulit yang cantik, sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjual isotretinoin secara atas talian. Banyak laman web dan akaun media sosial yang mengiklankan penjualan produk ini secara berleluasa.

Isotretinoin merupakan sejenis bahan yang berkait rapat dengan vitamin A (retinoid). Ia merawat jerawat dengan mengurangkan produksi sebum atau minyak di permukaan kulit. Selain itu ia juga mengurangkan produksi keratin yang menyebabkan permukaan kulit menjadi kasar.

Penggunaan Isotretinoin sering memberikan kesan-kesan sampingan dan komplikasi seperti berikut:

1. Kekeringan kulit termasuk bibir dan mata
2. Jangkitan kulit sekiranya kulit kering dan luka
3. Pendarahan dari hidung akibat daripada kekeringan
4. Kulit menjadi sensitif terhadap cahaya matahari
5. Sakit sendi dan otot
6. Gangguan penglihatan
7. Kecacatan janin yang boleh mengakibatkan keguguran atau malformasi kepada bayi yang dilahirkan

Akibat daripada kesan-kesan sampingan yang serius, penggunaan ubat ini perlulah diawasi oleh doktor yang bertauliah. Dos yang digunakan perlulah sesuai dengan individu yang dirawat mengikut berat badan, keseriusan penyakit, kesan sampingan yang dihadapi dan juga respon terhadap rawatan. Adalah mustahil perkara seperti ini dapat dilakukan oleh penjual-penjual tidak bertauliah yang hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

KESELAMATAN ANDA BUKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA.

Perkara yang paling dikhuatiri adalah kecacatan janin yang mungkin berlaku sekiranya pengguna hamil sewaktu rawatan. Terdapat beberapa laporan keguguran janin yang dihadapi akibat daripada pengambilan Isotretinoin tanpa pengawasan doktor. Perkara ini amat menyedihkan kerana kecantikan sepatutnya tidak didahulukan berbanding keselamatan diri dan bayi.

Pengguna Isotretinoin akan diberikan nasihat oleh doktor atau ahli farmasi sebelum rawatan diberikan. Teknik kontrasepsi perlu diaplikasi sekurang-kurangnya sebulan sebelum rawatan diberikan. Alat kontraseptif berbentuk penghalang fizikal (kondom) perlu diaplikasi beserta dengan satu lagi cara kontrasepsi yang lain (pil perancang dan sebagainya). Ini bagi mengurangkan risiko kehamilan berlaku semasa rawatan.

Selain itu, rawatan cuma akan dimulakan setelah keputusan ujian kehamilan negatif. Ujian ini akan diulang secara berkala sepanjang rawatan. Sekiranya kehamilan berlaku, rawatan akan dihentikan serta merta dan perkembangan janin akan diperiksa oleh doktor. Teknik kontrasepsi juga perlu diteruskan sekurang-kurangnya sebulan setelah rawatan tamat.

Isotretinoin juga boleh dijumpai dalam sperma lelaki yang mengambil ubatan tersebut. Oleh sebab itu, langkah bijak perlu diambil untuk memakai kondom sewaktu melakukan hubungan seks walaupun belum ada bukti ia akan menyebabkan malformasi kepada janin sekiranya kehamilan berlaku.

Percayalah, informasi-informasi serta pemantauan serapi ini tidak akan diberikan oleh penjual-penjual (penipu) secara atas talian. Elakkan daripada menjadi mangsa kesan-kesan yang boleh dielakkan. Dapatkan rawatan daripada doktor yang bertauliah dan bukannya orang yang tidak dikenali di laman sosial. Jadilah pengguna bijak.

Disediakan oleh:

Fahmi Hassan (F. H. Abad)
Pegawai Farmasi
Medical Mythbusters Malaysia

Rujukan:
1. BNF
2. Micromedex
3. Patient Information Leaflet, British Association of Dermatologists

Cara Hilangkan Ketuat Tanpa Ikut Petua Pelik

Mungkin anda sedang stress dengan ketuat naik di tangan atau tapak kaki. Pelbagai petua hilangkan ketuat sudah anda cuba. Buat apa pening kepala ikut petua hilangkan ketuat sedangkan sudah ada rawatan yang diiktiraf dalam dunia perubatan untuk hilangkan ketuat.

Sebelum anda pergi lebih jauh untuk mencari solusi dan cara hilangkan ketuat berkesan, perlu kenal dulu apa itu ketuat.

Apa itu ketuat?

Ketuat adalah ketumbuhan kecil pada kulit yang berpunca daripada virus jenis human papilomavirus. Virus-virus ini boleh merebak ke seluruh anggota badan dan kepada orang yang ada kaitan dengan ketuat.

Jenis-jenis ketuat yang biasa berlaku?

  • Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
  • Ketuat plantar atau ketuat kaki – tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kun tetapi menghalang lapisan kulit biasa.
  • Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.

Ubat ketuat berkesan?

Terdapat beberapa jenis ubat ketuat yang terdapat di farmasi seluruh Malaysia. Terbahagi kepada 2 jenis persediaan ubat ketuat yang sesuai untuk ketuat di tapak kaki atau pada tangan. Ia juga boleh digunakan di kawasan lain. Namun jika ketuat berlaku di kawasan yang cenderung untuk komplikasi seperti muka sila dapatkan nasihat doktor anda.

Ubat ketuat jenis plaster : Terdapat pelbagai jenama ubat ketuat jenis plaster yang berkesan untuk hilangkan ketuat di tapak kaki & di tangan. Ubat ketuat jenis plaster berkesan hilangkan ketuat sehingga ke akar ketuat.

Plaster ketuat carnation corn caps terbukti berkesan untuk hilangkan ketuat. Harga yang berbaloi dan tidak overclaim sangat sesuai untuk anda yang sedang mengalami masalah ketuat samaada di tapak kaki atau tangan.

Di mana boleh dapatkan plaster ketuat ini?

Ubat ketuat jenis plaster ini boleh dibeli secara online atau di farmasi yang berdaftar.

Ubat ketuat jenis titik : Terdapat pelbagai jenama ubat ketuat jenis titik yang terdapat di pasaran Malaysia. Antaranya adalah duofilm & ellgy corn & warts. Ini adalah produk yang senang dibeli di Farmasi. Kesan seawal 2 hari. Inilah cara hilangkan ketuat di kaki dengan cepat. Tanpa perlu belanja yang besar dengan membeli produk yang tidak terbukti berkesan. Kandungan dalam duofilm adalah Salicylic Acid 17% yang terbukti secara kajian dapat hilangkan ketuat di tapak kaki atau tangan.

Anda boleh dapatkan ubat ketuat jenis titik di bawah :

Ellgy corn & warts solution

Duofilm corn & wart solution

Pastikan beli produk atau ubat ketuat yang berdaftar dengan KKM untuk menjamin kualiti produk sesuai dengan keadaan

3 Produk Ubat Jerawat Paling Bagus Di Pasaran Boleh Dibeli Online

Jerawat merupakan masalah yang menjadi mimpi ngeri terutamanya untuk remaja.

Apakah itu jerawat?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut tentang produk hilangkan jerawat, elok kiranya kita kenal dulu apa sebenarnya jerawat termasuk jenis jenis jerawat serta punca yang menyebabkan jerawat.

Jerawat merupakan keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Ini berlaku akibat daripada liang roma yang tersumbat dengan minyak ataupun sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari masalah jerawat biasa kepada masalah jerawat teruk.

Masalah Jerawat yang boleh dikategorikan sebagai masalah jerawat biasa contohnya Acne vulgaris, nodus & ‘cyst’.

Punca berlakunya jerawat : Apakah punca berlakunya jerawat?

1.Produk kosmetik atau penjagaan rambut yang berminyak & menutup liang roma
2.Persekitaran berminyak & kotor
3.Perubahan hormon
4.Bakteria
5.Penggunaan pakaian atau peralatan yang terlalu ketat pada kulit yang bersentuhan.
6.Sesetengah ubat : contohnya yang mengandungi phenytoin, iodin, bromide, steroid, isoniazid & lithium.
3 produk yang berkesan untuk hilangkan jerawat :

Berikut adalah 3 ubat jerawat yang berkesan untuk rawatan jerawat yang boleh dibeli secara “over the counter” di farmasi. Pastikan produk jerawat tersebut mempunyai hologram & ada no MAL untuk memastikan ianya diluluskan oleh pihak KKM.

1. Benzac Ac 5% Gel

Benzac Ac mengandungi benzoyl peroxide yang bertindak untuk membunuh bakteria punca jerawat. Ia juga bertindak untuk buang minyak berlebihan dari kulit.
Kelebihan
– sesuai untuk kulit berminyak
– Sesuai untuk jerawat muka dan badan.
– Cepat bertindak untuk membunuh kuman punca jerawat dalam masa 48 jam sahaja.

Beli online benzac Ac 5% Gel

2.Hiruscar Anti-Acne Spot Gel 10g

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel 10g mengandungi salicylic acid dengan kesan anti jerawat berkesan mengatasi masalah jerawat seperti “blackheads” & “whiteheads” “papules” & “pustules”. Formulasi khas untuk rawatan jerawat berkesan. Kandungan lain dalam hiruscar anti-acne spot gel ialah MPS yang bertindak untuk mengawal penghasilan sebum.

Bahan aktif : Salicylic acid 1%, Ethyl Ascorbic acid 0.05% and Glycosaminoglycans 0.05%.
Cara guna ; Sapu di tempat yang berkenaan 2-3 kali sehari.

Order sekarang Hiruscar Anti-Acne Spot Gel 10g

3.OXY 10 Acne Pimple Medication (10g) –

Sesuai untuk jerawat teruk.

Untuk jerawat degil yang tiada respond dengan rawatan yang rendah
mengandungi 10% Benzoyl Peroxide untuk bunuh bakteria punca jerawat.
Membantu menghilangkan minyak pada muka & hilangkan pori-pori tersumbat.
Cegah jerawat baru

Terdapat dalam 2 packaging
OXY 10 Acne Pimple Medication (10g)
OXY 10 Acne Pimple Medication (25g)

Baca juga : Ubat parut jerawat berkesan

 

4 Jenis Produk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik Di Malaysia

Parut jerawat memang merisaukan. Di sini kami kongsikan cara menghilangkan parut jerawat yang terbukti berkesan.Rawat segera sebelum lagi sukar untuk hilangkan parut jerawat. Jika anda tercari-cari produk hilangkan parut jerawat terbaik di Malaysia, ini 4 jenis ubat parut jerawat yang harus anda senaraikan untuk cuba.

4 Jenis Produk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik

Bermula dengan masalah jerawat, kemudian parut jerawat pula. Masalah jerawat samada di muka atau badan sentiasa menjadi igauan ngeri terutamanya untuk remaja.

Ada beberapa jenis parut jerawat yang ada. Berikut adalah jenis-jenis parut jerawat seperti

  • Depressed Scar,
  • Rolling Scar,
  • Boxcar Scars,
  • Ice picks scar dan beberapa jenis ini.

Parut bekas jerawat perlu dirawat lebih awal kerana parut yang berusia semakin sukar untuk hilang atau pudar. Jika dibiarkan terlalu lama, parut jerawat boleh menjadi parut kekal yang sukar untuk dirawat.

Ini 4 jenis Produk untuk parut jerawat di Malaysia yang telah terbukti secara klinikal:

1. Hiruscar untuk parut jerawat

Hiruscar Post Acne (hiruscar untuk parut jerawat) ini diformulasikan khas untuk kegunaan setiap hari untuk merawat bekas jerawat ataupun parut bekas jerawat. Hiruscar diformulasi dalam bentuk gel yang mudah dan cepat diserap oleh kulit.

Hasil daripada kajian yang dijalankan di Australia ke atas 31 orang wanita berumur 20 – 45 tahun mendapati 97% berpuashati menggunakannya dan 90% mendapati perubahan positif pada parut jerawat mereka selepas menggunakan Hiruscar selama 2 minggu.

Hiruscar Post Acne dikeluarkan oleh Medinova AG Switzerland. Ia dapat memperbaiki parut ‘depressed scar’ yang disebabkan oleh jerawat dan mencerahkan tompok-tompok hitam bekas jerawat.

Ubat jerawat hiruscar bertindak melalui 3 cara iaitu:

1. Mencerahkan tompok hitam dan tanda bekas jerawat.
2. Melembutan dan menghaluskan permukaan bekas parut jerawat.
3. Menjadikan kulit lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti jerawat semula.

Kandungan bahan aktif utama dalam ubat parut Hiruscar adalah Allium Cepa Bulb Extract.

Cara pakai Hiruscar Post Acne / Berapa lama kena pakai Hiruscar untuk parut jerawat?

Untuk kesan dan hasil optimum, anda harus guna Hiruscar Post Acne Gel ini sebanyak 2 – 3 kali sehari sekurang-kurangkan 2 minggu hingga 2 bulan untuk hasil yang terbaik.
Anda boleh baca testimoni hiruscar post acne dari pengguna yang telah gunakan Hiruscar. Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda gunakan Hiruscar kepada pembaca-pembaca yang lain.

Jangan guna Hiruscar Post Acne pada luka terbuka atau jerawat yang masih belum sembuh.

Di mana nak beli hiruscar post acne gel?

Untuk dapatkan hiruscar post acne gel anda boleh ke farmasi terdekat atau beli di farmasi online yang dipercayai.

2. Dermatix untuk parut jerawat

Dermatix advance gel untuk parut jerawat

Mungkin anda pernah tengok iklan DERMATIX di TV. Ubat parut dermatix juga telah diuji secara klinikal berkesan untuk memperbaiki, melembutkan, meratakan parut, melegakan gatal dan juga mencerahkan tompok hitam yang disebabkan oleh parut.

Namun, Dermatix Gel ini tidak sesuai untuk parut jenis ‘Depressed Scar’ yang disebabkan oleh jerawat atau chicken pox.

Cara pakai ubat parut dermatix

Berapa lama anda perlu gunakan Dermatix untuk kesan yang terbaik?
Untuk kesan postif yang terbaik, anda boleh mula gunakan Dermatix Gel pada parut yang baru (sehingga parut lepas 3 bulan), sebaik sahaja luka ataupun jerawat telah sembuh dan tertutup.

Kesan positif boleh dilihat selepas 12 minggu penggunaannya secara berterus.

5 Tips Untuk Guna DERMATIX GEL untuk parut jerawat

#1. Sapu sedikit gel sahaja cukup untuk lapisan nipis atas parut. Sapu telalu banyak gel hanya membazir dan ambil masa untuk kering.
#2. Satu tube 15 g boleh digunakan untuk 2 bulan.
#3. Sebelum gunakan Dermatix, ukur atau ambil gambar parut anda dulu. Supaya senang anda bandingkan perkembangannya nanti.
#4. Jangan biarkan parut anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas dan cahaya matahari yang terik.
#5. Jangan gunakan Dermatix pada luka yang belum sembuh.

3. Mederma Gel untuk parut jerawat

Mederma gel untuk parut jerawat

MEDERMA Proactive Gel merupakan satu lagi ubat untuk merawat parut yang utama di pasaran. Gel ini dikeluarkan oleh syarikat Merz Pharma dari Jerman. 3 kandungan utama Mederma yang berfungsi untuk memperbaiki parut adalah Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera.
Cepalin telah dibuktikan mempunyai sifat anti-radang dan membantu untuk melembutkan tisu parut. Allantoin pula mempercepatkan proses penyembuhan parut jerawat, mengurangkan rasa gatal dan meratakan kulit. Aloe Vera mempunyai sifat melembabkan, menyejukkan dan meningkatkan proses pembaharuan kulit,

Berapa lama anda perlu gunakan ubat hilang parut Mederma?

Anda disyorkan menggunakan Gel Mederma ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 8 minggu hingga 3 -6 bulan untuk kesan yang terbaik.

4. BIO-OIL

BIO OIL untuk parut jerawat

Bio-Oil pula agak berbeza daripada ubat merawat parut yang lain seperti Hiruscar, Dermatix dan Mederma yang diformulasikan dalam bentuk Gel.

Bio-Oil diformulasikan untuk memperbaiki parut, meregangkan kulit, memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan melembabkan kulit yang kering.

Kandungan bahan aktif utamanya adalah Vitamin A, Vitamin E, minyak Kalendula, Lavendar, Rosemary dan Kamomil.

Bio-Oil perlu disapu pada parut 2 kali sehari, urut dengan hujung jari dengan pergerakan membulat sehingga ia diserap sepenuhnya. Gunakan minimum selama 3 bulan dan jangan sapu pada luka yang masih belum sempuh.

Bio-Oil ini khusus untuk penjagaan kulit bukan diformulasikan khas untuk parut jerawat tetapi tetap boleh digunakan untuk memperbaiki parut bekas jerawat sama ada baru ataupun lama.

Bio-Oil ini boleh didapati dalam botol 60ml, 125ml dan 200ml.

Anda ada pengalaman menggunakan BIO-OIL ini ? Mungkin boleh kongsikan dengan kami dan pembaca-pembaca lain di sini.

Beli bio oil 60ml

Kredit to:
Rahman Baco, Pharmacist

Baca juga 3 produk hilangkan jerawat berkesan

Berikut adalah 4 jenis produk hilangkan parut jerawat terbaik di Malaysia. Parut jerawat perlu dirawat pada peringkat awal dengan menggunakan produk skincare hilangkan parut jerawat ini.

Krim Jerawat Aiken Tea Tree Oil

Krim jerawat aiken tea tree oil adalah krim jerawat untuk kulit sensetif yang mengandungi bahan semulajadi. Krim ini merupakan antara krim jerawat terbaik pada kulit sensitif dan berminyak. Ia diformulasi bersama C12-15 alkyl benzoate bagi memberi hasil kulit lebih lembut dan licin.

Kandungan Krim jerawat aiken : Krim jerawat aiken mengandungi “TEA TREE OIL”

Fungsi & Kebaikan Krim Jerawat Aiken Minyak Tea Tree:

  • Mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi
  • Dirumus khas untuk menyembuhkan kulit jerawat
  • Menghilangkan minyak berlebihan
  • Menapis liang pori dari tersumbat
  • Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk jenis kulit yang berminyak dan sensitif
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Boleh mengurangkan keradangan, kemerahan dan parut jerawat

CARA PAKAI:
Bersihkan muka guna cleanser kemudia sapu Aiken Tea Tree Oil. Sapu pada kawasan kulit yg bermasalah sahaja.
Sapu dua kali sehari untuk kesan yang optimum.

Perbezaan Hiruscar Biru dan Hijau

Sesiapa yang pernah pakai hiruscar mungkin sudah tahu apa perbezaan hiruscar biru dan hijau. Namun buat mereka yang belum menggunakan produk dari hiruscar yang mendapat testimoni agak bagus, ini perbezaan hiruscar biru dan hijau yang perlu anda tahu.

Kami kongsikan antara produk yang sangat laris di farmasi atau drug store – HIRUSCAR

Perbezaan Hiruscar Biru dan Hijau

Hiruscar gel ada 2 jenis seperti yang di dalam gambar. Kotak hijau adalah Hiruscar Anti-Acne Spot Gel. Manakala kotak biru adalah Hiruscar Postacne gel untuk parut jerawat.

Apa beza hiruscar biru dan hijau ini?

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel

1. Dirumus khas untuk kulit yang sedang mengalami masalah JERAWAT.
2. Teksturnya ringan dan tidak berminyak. Sangat sesuai untuk kulit jenis berminyak dan acne-prone.
3. Disebabkan gel-nya jernih, maka apabila di sapu pada kulit ia tidak akan meninggalkan kesan tompok. Ideal sangat untuk mereka yang mahu kenakan solekan minima selepas sapu ubat jerawat ni.
4. Bahan-bahan didalamnya terdiri dari MPS (Mukopolisakaridq Polisulfat), Asid Salisilik,Vitamin C, Aloe Vera, Ekstrak Biji Moringa dan Articok, dan Allium Cepa (bawang merah)

Hiruscar Post Acne

1. Yang ini pula di sapu selepas jerawat anda dah kering dan sembuh. Formulasi khas untuk parut jerawat yang meninggalkan kesan hitam.

2. Terbukti secara klinikal untuk memulihkan parut jerawat agar kulit tampak lebih cerah dan licin dalam masa 4 minggu.

3. Post-Acne juga dapat membantu mengurangkan episod jerawat dari berulang.

4. Bahan-bahan di dalamnya terdiri daripada :
– Pionin yang bersifat antibakteria. Pionin dapat mengurangkan pertumbuhan bakteria punca jerawat.
-Allium Cepa (bawang merah) untuk memudarkan bintik hitam.
– MPS pula akan menggalakkan penghasilan Asid Hyaluronik dan meningkatkan keupayaan sel-sel kulit dalam proses pemulihan.

Walaupun bawang merah ni bertindak sebagai agen antioksida, tapi jangan pula kalian pi tumbuk bawang kat rumah tu dan tempek di kulit ya.. Tak sama tau..Yang ini dah siap disukat berapa persen yang sesuai nak letak dalam produk. Kalau buat sendiri kebiasaannya kita main agak saja. Bukan apa, khuatir kulit meradang pula nanti jika tak kena cara.

Kredit : Beauty Citrus