Anak Susah Makan Ubat? Cuba Cara Ini

Ramai ibu-bapa hadapi kesukaran memberikan ubat kepada kanak-kanak. Bertambah sukar apabila mereka dalam keadaan ‘cranky’.

Hmmmm bagaimana yer untuk atasi masalah ini?

Percaya atau tidak, senyuman sebenarnya boleh membantu dalam situasi seperti ini. Oleh itu kita sebagai ibu-bapa perlu wujudkan suasana ceria dan bersabar.

Kita perlu ingat bahawa anak-anak kita ini bijak. Oleh itu kita perlu terangkan kepada mereka dalam ayat yang mudah untuk mereka fahami berkaitan sakit mereka dan bagaimana ubat boleh membantu mereka untuk kembali sihat semula.

Jika masalah tidak mahu makan ubat berpunca daripada ‘rasa ubat’ itu, cuba berikan kepada anak kita minuman sejuk atau ketulan ice sebaik sahaja mereka menelan ubat. Ini adalah kerana suhu yang sejuk membantu mengurangkan deria rasa. (Kebas).

Selain daripada itu, mencubit sedikit untuk menutup lubang hidung ketika anak kita mengambil ubat juga boleh membantu.

Dengan cara ini, kita akan menghalang deria rasa dan bau untuk berfungsi. Malah untuk menjadikan bahan pujukkan atau dorongan atau menjadikan ia lebih menarik, benarkan anak kita sendiri memicit hidung mereka sendiri ketika makan/minum ubat.

Sebenarnya dengan memberi peluang kepada anak kita untuk ambil tempat atau turut bersama-sama dalam pengambilan ubat-ubatan mereka sendiri adalah sangat membantu.

Cara lain untuk mengatasi masalah memberi ubat kepada kanak-kanak adalah dengan memberi pilihan kepada mereka untuk memilih dimana lokasi dalam rumah yang mereka pilih untuk makan ubat.

Bukan itu sahaja, benarkan mereka memegang ubat dan mengambilnya sendiri bawah pemerhatian dan pemantauan anda sebagai ibu-bapa.

Beri mereka peluang dan tingkatkan keyakinan mereka melalui cara seperti ini.

Jika anak kita merasakan ubat dalam bentuk cecair sesuatu yang meloyakan. Bertanyalah kepada doktor atau hli farmasi anda untuk produk alternatif yang ada dalam pasaran dengan pelbagai perisa untuk atasi masalah ini.

Jika ubat yang diberikan adalah dalam bentuk tablet atau kapsul. Cuba tanya kepada Ahli Farmasi jika terdapat alternatif dalam bentuk “softgel’ yang mudah untuk dikunyah.

Mencampurkan ubat dengan ubat dengan sesuatu makanan yang menyelerakan seperti puding mangga boleh membantu melainkan pada label ubat tersebut telah dinyatakan larangan untuk dicampurkan dengan makanan. Jika melakukannya juga kemungkinan keberkesanan ubat tersebut akan terganggu.

Baca arahan pengambilan ubat untuk anak kita dengan teliti dan bertanyalah kepada doktor yang merawat atau ahli farmasi anda sebelum mencampurkan ubat ke dalam makanan.

Sedikit sifat ‘Lemah-lembut, Kasih Sayang dan Prihatin (TLC) diamalkan semasa memberi makan ubat kepada anak-nanak kita dapat membantu dan menyelesaikan pelbagai masalah pengambilan ubat dalam kanak-kanak.

TIP UNTUK BAYI

Bagi bayi pula, cara yang lebih baik memberi ubat adalah menggunakan picagari. Walau bagaimanapun elakkan daripada terus memancutkan ubat terus ke tekak bayi untuk mengelakkan daripada keadaan tercekik berlaku atau bayi tersedak dan muntahkan semula ubat yang diberikan.

Cara terbaik adalah memancutkan ubat menggunakan picagari ke arah dinding pipi (bahagian dalam mulut) bayi secara sedikit demi sedikit. Amalan ini mungkin membantu kerana deria rasa ada pada lidah. Pancut ke bahagian dinding pipi dapat mengurangkan bayi merasa pahit ubat tersebut.

Pancut sedikit demi sedikit pula dapat membantu jika bayi tersedak atau muntah. Maka kita sebagai ibu-bapa tahu berapa ml ubat yang telah diberikan dan perlu ditambah semula kerana bayi tersebut telah muntah.

Oh yer, mungkin membedung bayi ketika memberi ubat boleh membantu agar tangan bayi tersebut tidak terkapai-kapai dan boleh mengganggu proses pemberian ubat.

Elakkan daripada memberi ubat dalam keadaan bayi berbaring. Dukung dan condongkan sedikit (dalam sudut 45°) untuk beri makan ubat untuk elakkan daripada tercekik atau tersedak.

GANJARAN (REWARD) SUMBER MOTIVASI

Apa kata kita sebagai ibu-bapa bagi ganjaran atau ‘reward’ kepada anak kita kerana makan ubat. Contoh reward seperti belanja makan kek atau kita sendiri buatkan kek untuk anak kita atau berikan mereka ‘stiker-stiker’ watak kartun yang menarik untuk mereka beraktiviti menggunakan stiker tersebut.

Satu perkara yang perlu dielakkan semasa proses memujuk anak untuk makan ubat adalah dengan menanam satu ideologi bahawa ubat adalah gula-gula.

Contohnya “Jom aiman makan ubat ini, sedap tau macam gula-gula Strawberry”. Yer ayat pujukkan seperti ini harus dielakkan.

Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada anak-anak kita anggap ubat adalah gula-gula. Bahaya jika di masa hadapan jika anak-anak kita tercapai ubat orang dewasa atau ada ubat dalam pegangan mereka, mereka akan ingat ubat adalah gula-gula dan makan ubat tersebut seterusnya menyebabkan berlakunya kesilapan pengubatan atau kesannya keracunan berlaku di rumah yang boleh meragut nyawa.

Maka satu lagi amalan penting adalah jauhkan ubat daripada capaian serta penglihatan kanak-kanak.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, rakan-rakan semua boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian bebas tol 1-800-88-6722 (Isnin-Jumaat 8pagi-5petang)

Artiket dipetik dari Facebook Medical Mythbusters Malaysia

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia

Nota:
Sumber poster adalah daripada Puan Hazlin Othman daripada unit Penggunaan Ubat Berkualiti, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.

Fluimucil A 100MG Ubat Pecah Kahak Kanak Kanak

Pecahkan dan keluarkan kahak yang melekat dengan Fluimucil A 100mg effervescent granules 30’s. Ubat pecah kahak yang sangat bagus yang boleh melegakan batuk kahak dengan cepat. Setiap granule mencegah jangkitan saluran pernafasa (respiratory infection), termasuk influenza termasuk wabak influenza seperti selsema, batuk, dan sakit tekak.

Ubat Fluimucil A 100mg

Apa yang fluimucil A 100mg lakukan adalah memecahkan dan cairkan kahak mucus memudahkan untuk singkirkan yang memberi kelegaan pada paru paru. Bernafas dengan mudah dengan fluimucil A. Fluimucil adalah agen mucolytic (cair kahak) yang membantu menyingkirkan mukus yang menghalang saluran pernafasan semasa batuk. Bukan saja untuk melegakan kahak, Fluimucil A juga bagus untuk meningkatkan sistem immunisasi dengan bahan aktif N-Acetylcysteine, terutamanya dalam melawan flu virus. Fluimucil A selamat untuk kanak kanak 2 tahun ke atas.

Kebaikan Ubat Fluimucil A 100mg :

  • Pecahkan struktur mucus dengan cepat yang memberikan kelegaan tekak.
  • Melegakan jangkitan paru paru secara berkesan.
  • Mengatasi penyakit bermusim seperti selesema, batuk, sakit tekak.
  • Memberi kelegaan cepat dari batuk yang berlendir.

Keluaran Switzerland

DOS & Cara guna Fluimucil A 100 mg :
Larutkan 1 sachet fluimucil A ke dalam 1 gelas air (30-50ml air) dan diambil 2 kali sehari. Disarankan untuk tidak mencampurkan fluimucil A dengan ubat ubat lain.

Sudocrem Nappy Rash Cream 60g

Sudocrem Untuk Ruam Susu dan Ruam Lampin Bayi

Sudocrem Untuk Ruam Susu dan Ruam Lampin Bayi – Sudocrem adalah krim ruam lampin berubat, popular di negara-negara seperti Inggeris dan Ireland tetapi tidak dijual di Amerika Syarikat. Bahan utamanya termasuk zink oksida, lanolin, dan benzil alkohol. Penggunaan utama Sudocrem adalah untuk rawatan ruam lampin bayi. Tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa ia dapat membantu merawat keadaan terutamanya untuk merawat ruam susu di pipi bayi lain.

Kandungan Sudocream :

  • Zinc oxide.
  • Lanolin.
  • Benzyl alcohol.
  • Benzyl benzoate.
  • Benzyl cinnamate.

Cara Sudocream Bertindak :

Sudocream merupakan krim perawatan kulit bayi yang bersifat hipoalergenik yang dapat membantu menjaga kelembapan kulit bayi. Kandungan Zinc Oxide pada produk ini membentuk pelindung pada kulit untuk melindungi dari iritasi,benzyl benzoate dan benzyl cinnamate sebagai antiseptik dan membantu mengurangi peradangan, sehingga efektif digunakan untuk kulit yang terbakar matahari,kesan parut,ruam lampin,ruam susu pada pipi bayi, bedsores, eczema, kulit yang melecet dan juga jerawat.

Kegunaan dan Kebaikan Sudocrem

  • Mengurangkan Ruam lampin & Ruam susu
  • Menyembuhkan Kulit melecet
  • Mengurangkan Gatal gatal kulit,ekzema,iritasi kulit sensitif,kulit kering
  • Menyembuhkan luka calar,Luka terbakar (melecur )
  • Merawat kulit kasar

Cara Guna Krim Ruam Lamping & Ruam Susu Sudocrem

Bersih dan keringkan kawasan yang terlibat kemudian sapu krim di tempat yang bermasalah secara nipis dan perlu di ulangi penggunaan untuk kesan yang lebih berkesan.