Vitamin

Iberet Folic Acid 500 Tablet

Iberet Folic Acid 500

Kaum hawa atau ibu hamil sudah pasti tahu apa itu iberet folic 500 tablet. Namun bagi bagi ibu yang pertama kali mengandung dan pertama dinasihatkan untuk makan vitamin tambah darah disarankan ambil tahu tentang cara apa itu iberet, cara makan, kesan sampingan dan di mana boleh beli.

Sedikit maklumat tentang iberet folic 500 tablet di bawah.

Iberet Folic 500 Untuk Apa?

IBERET FOLIC 500 adalah Film tablet “sustained release” yang mengandungi Zat Besi,Vitamin C, vitamin B complex dan Asid Folik.

Iberet folic untuk apa?:

Untuk rawatan anemia kekurangan zat besi dan kekurangan asid folik. Keadaan ini biasanya berlaku di kalangan ibu mengandung.

Kandungan Iberet Folic 500 :

525mg Ferrous Sulphate (105mg zat besi asas) untuk memenuhi keperluan zat besi
500mg Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi
Vitamin B Kompleks boleh membantu tubuh anda menggunakan tenaga melalui metabolisma karbohidrat, protein dan lemak.
800mcg acid folik untuk membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf dan membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang normal & mencegah anemia

Kelebihan Iberet Folic 500

Teknologi gradumet untuk meningkatkan penyerapan zat besi dan mengurangkan ketidakselesaan pada perut
Bungkusan blister individu untuk pengendalian yang mudah & mencegah pengoksidaan.

Siapakah yang boleh Mengambil Iberet Folic 500?

Iberet Folic 500 Tablet digunakan dalam rawatan, sebagai kawalan, pencegahan, & penambahbaikan penyakit, keadaan dan gejala berikut:

Semasa mengandung
Anemia
Jerawat
Rawatan anemia pemakanan asal, kehamilan, bayi, atau
Migrain
Kekejangan otot
Pengambilan makanan yang tidak mencukupi
Kekurangan vitamin
Anemia disebabkan oleh kekurangan asid folik

Cara Makan Iberet Folic 500

Iberet folic acid 500 tablet boleh ditelan/diambil sebelum makan atau perut kosong. Dewasa dan wanita hamil yang perlu ambil iberet folic – dos yang dicadangkan adalah 1 biji sekali sehari atau bergantung pada nasihat doktor.

Jangan kunyah atau pecahkan tablet iberet folic.

Kredit : Farmasi Aisyah

Add to cart iberet folic 500

Iberet Folic Acid 500

Original price was: RM 39.90.Current price is: RM 29.90.Add to cart

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *