Uncategorized

Aveflon 500 Tablet Untuk Rawatan Buasir Luar dan Dalam

aveflon tablet untuk buasir

Buasir adalah penyakit yang lazim terjadi di semua peringkat tidak kira lelaki atau perempuan Pelbagai risiko dan punca yang boleh menjadi sebab terjadinya buasir.

Rujuk punca punca buasir

Aveflon 500 Tablet

Kandungan : Micronized Purified Flavonoid Fraction 500mg-Diosmin 450mg; Hesperidin 50mg

Ubat Aveflon Untuk Apa?

Aveflon digunakan untuk merawat:-

Simptom yang berkaitan dengan buasir – kecutkan buasir, hilangkan bengkak buasir dsb.
Simptom yang berkaitan dengan venolymphatic(keadaan di mana pengaliran darah ke dalam saluran darah tidak memadai dan mengakibatkan pengumpulan darah pada kaki), seperti terasa berat, sakit dan rimas pada kaki

Bagaimana Aveflon berfungsi?

Micronized purified flavonoid fraction mengandungi Diosmin and Hesperidin. Diosmin adalah bahan sintesis daripada Hesperidin. Hesperidin adalah sejenis flavonoid yang boleh didapati pada buah sitrus. Aveflon merawat dan melindungi saluran darah. Ia mengurangkan keregangan pada saluran darah dan kelengahan dalam pengaliran darah. Ia turut menguatkan dan meningkatkan penembusan kapilari darah (cabangan kecil saluran darah).

Sebelum menggunakan Aveflon

Bila anda tidak boleh menggunakan ubat ini

Jangan guna Aveflon jika : Anda mempunyai alahan pada Diosmin atau Hesperidin.

Sebelum anda ambil aveflon sila:

Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda :

  • hamil atau merancang untuk hamil
  • sedang menyusukan anak.
  • mempunyai masalah buasir.

Jika mengambil ubat-ubat lain :

•Sila beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda sedang atau kebelakangan ini mengambil ubat lain,termasuk sebarang ubat tanpa preskripsi.

Cara ambil ubat Aveflon – Berapa banyak harus digunakan

Dos biasa – 2 tablet sehari. 1 tablet pada tengah hari, dan 1 tablet pada waktu makan malam.

Buasir – 4 hari pertama – 6 tablet sehari ( 2 biji 3 kali sehari)

3 hari seterusnya – 4 tablet sehari ( 2 biji 2 kali sehari)

Bila perlu ambil ubat aveflon : Bila diperlukan sahaja. Boleh diambil sejurus selepas makan.

Berapa lama perlu digunakan :

Sila ikut arahan daripada doktor atau ahli farmasi anda. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat ini untuk tempoh masa yang lebih panjang.

Kesan Sampingan Ubat Aveflon :

Kesan-kesan sampingan yang mungkin terjadi adalah seperti ketidakselesaan pada saluran usus, seperti cirit birit, susah penghadaman makanan, mual dan muntah. Keadaan seperti neurovegetative pernah dilaporkan dengan penggunaan micronized purified flavonoid fraction.Neurovegetative adalah keadaan di mana kehilangan upaya pada fungsi saraf yang penting dalam meneruskan kehidupan. Jika anda mengalami tanda-tanda berterusan melebihi 7 hari, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi.

Add to cart aveflon tablet

Original price was: RM 33.00.Current price is: RM 24.50.Add to cart

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *