Penyakit

Jangkitan Cacing Dalam Perut Kanak Kanak

Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih senang terkena jangkitan cacing kerana mereka lebih aktif dan suka bermain di kawasan luar rumah.
Jangkitan cacing pada kanak-kanak

Jangkitan cacing biasanya berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telur cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak masukkan jari ke dalam mulut selepas bermain tanah yang tercemar.

Telur-telur cacing tersebut akan menetas di dalam usus besar kanak-kanak.
Kemungkinan tiada sebarang tanda jangkitan jika jangkitan ringan (kurang dari 100 cacing). Tapi ada kala kanak-kanak alami kembung perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa.

Jangkitan cacing yang boleh berjangkit dari seorang ke seorang yang lain. Beberapa jenis cacing telah didapati boleh memasuki tubuh manusia dan hidup di saluran pemakanan manusia dengan menumpang makanan yang diambil oleh manusia. Di antara kumpulan cacing ini ialah cacing kerawit, cacing gelang dan cacing rambu.
Tanda tanda jangkitan cacing

Berikut adalah beberapa tanda jangkitan cacing. Jika anak anda mengalami tanda tanda jangkitan cacing seperti di bawah, segera dapatkan ubat cacing untuk membunuh cacing.

  • sakit perut
  • cirit birit
  • perut kembung
  • hilang selera makan
  • kurang berat badan
  • gatal pada punggung

Bahaya Jangkitan Cacing

Bagi kes jangkitan cacing yang teruk, dehidrasi (kekurangan air) dan kekurangan darah dalam badan berlaku akibat cirit-birit berdarah. Kadang-kala berlaku, hujung usus besar terkeluar
Rawatan Jangkitan Cacing & Ubat Cacing Berkesan

Cara merawat cacing pada kanak-kanak.

Terdapat pelbagai jenis ubat cacing yang ada dipasaran bagi merawat jangkitan cacing. Antaranya termasuklah

Albendazole – dos yang disarankan : 400mg bagi dewasa dan kanak-kanak 2 tahun ke atas
Mebendazole – dos yang disarankan : 100mg 2 kali sehari selama 3 hari

Rawatan dengan ubat cacing perlu diulang selepas 2 minggu jika tanda tanda masih ada.

Cara-cara mengatasi jangkitan cacing

Untuk mencegah & mengatasi jangkitan cacing pada kanak kanak atau orang dewasa, amalkan seperti berikut :

  • bersihkan buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan
  • cuci tangan dengan bersih sebelum makan
  • masak makanan dengan sempurna
  • kuku hendaklah dipotong pendek

Maklumat tentang jangkitan cacing di atas sebagai informasi tambahan. Untuk maklumat lanjut sila berjumpa doktor atau pegawai farmasi anda.

Baca juga : Makan ubat cacing 6 bulan sekali

Dapatkan konsultasi dari pegawai farmasi secara percuma di farmasi online.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *