Penyakit

Kaki Kejang Semasa Bersukan? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Jika anda seorang kaki sukan yang selalu mengalami kaki kejang semasa bersukan, ini fakta yang anda perlu tahu. Bukan perkongsian merapu. Ianya fakta benar dari seorang doktor perubatan iaitu Dr Fadly Khairie dari Medical Mythbusters Malaysia. Jom baca perkongsian beliau tentang kaki kejang tiba-tiba semasa bersukan.

Kaki Kejang Semasa Bersukan

Anda sedang berlari, tinggal beberapa kilometer lagi sebelum habis. Tiba-tiba sewaktu anda melangkahkan kaki, bahagian betis anda diserang dengan rasa sakit yang sangat kuat. Umpama otot anda ditarik, diikat, dipulas. Anda terpaksa berhenti, langkah yang lebih laju menyebabkan anda rasa sakit semula. Anda masih boleh berjalan tapi terhincut-hincut. Inilah yang biasanya orang panggil kejang atau cramp atau exercise associated muscle cramping.

Kejang merupakan satu keadaan yang selalu berlaku kepada mereka yang melakukan aktiviti sukan. Di anggarkan 6-7 daripada 10 orang triatlit, 3-5 orang daripada 10 orang pelari marathon dan 6 daripada 10 atlit berbasikal mengalami otot kejang semasa mereka melakukan aktiviti. Kalau tidak percaya, tanya sahaja mereka yang pernah melakukan aktiviti sukan jarak jauh, kejang merupakan fenomena biasa yang majoriti mereka pernah mengalaminya.

Punca kaki kejang :

Meskipun perkara ini selalu berlaku, namun sehingga kini saintis masih belum mendapatkan keputusan muktamad apakah yang menyebabkan otot kejang. Terdapat 2 teori yang utama setakat ini iaitu teori kekurangan elektrolit (garam mineral) akibat dehidrasi dan satu lagi teori berkenaan Neuromuscular theori akibat otot yang sudah sangat penat.

Teori kekurangan garam mineral mengatakan; apabila seseorang individu itu bersukan ia akan kehilangan banyak banyak garam mineral yang hilang sebagai peluh terutamanya sewaktu cuaca yang panas. Teori ini juga mengatakan kekejangan otot merupakan tanda dan amaran yang dikeluarkan oleh badan sebelum kehilangan garam mineral yang lebih teruk pada badan. Namun teori ini gagal membuktikan bagaimana individu yang masih boleh kejang sewaktu cuaca sejuk.

Teori terbaru adalah daripada tindak balas neuromuscular. Teori ini mengatakan, beberapa faktor wujud hingga menyebabkan otot yang terlibat sangat penat (fatigue). Faktor ini termasuk meningkatnya intensiti dan masa sesuatu aktiviti sukan tersebut, kurangnya sumber tenaga untuk otot, cuaca panas dan kurang latihan yang membiasakan badan dengan intensiti aktiviti (kurang conditioning). Faktor-faktor ini menyebabkan kekacauan pada fungsi sistem saraf otot apabila otot sudah menjadi sangat penat ( pengingkatan aktiviti saraf afferent muscle spindle dan kekurangan aktiviti inhibitory pada golgi tendon organ) hingga menyebabkan otot kejang.

Namun, meskipun dengan kajian-kajian yang dilakukan, kedua-dua teori ini ada kelemahannya sendiri. Tanpa bukti-bukti kukuh, masih sukar untuk menentukan punca utama otot kejang. Namun satu perkara yang pasti, kekejangan otot merupakan kombinasi beberapa faktor.

Rawatan.

Oleh kerana punca-punca berbeza. Rawatan yang betul-betul boleh mengurangkan rasa sakit ketika kejang masih kekurangan bukti. Beberapa jenis rawatan yang ada adalah berdasarkan kepada bukti-bukti individu. Justeru, walaupun ia mungkin berkesan untuk sesetengah orang, ia mungkin tidak berkesan kepada yang lain.

-Stretching: beberapa bukti menunjukkan aktiviti stretching kepada otot yang terlibat dapat mengurangkan kekejangan. Ini berlaku apabila aktiviti stretching menghantar inhibitory signal seterusnya mengurangkan refleks kejang.

-Mengambil air dengan elektorlit (garam mineral) atau supplement garam mineral. National Athletic Trainers’ Association mencadangang atlit yang mudah mengalami kejang otot untuk menambah 0.3 to 0.7 g/L of garam ke dalam air minuman mereka ketika bersukan. Namun ini perlu mengambil kira tempoh 13 minit untuk air tersebut diserapkan ke dalam badan.

-Terdapat juga bukti mengambil air jeruk / pickle juice dapat mengurangkan refleks kejang. Ini melihat kepada kandungan acetic acid yang menghantar inhibitory refleks kepada otot kejang.

Pencegahan

-Meningkatkan tahap endurance dan conditioning: Aktiviti ini membiasakan badan dengan intensiti sukan, meningkatkan kandungan plasma dan melambatkan masa untuk otot menjadi letih. Aktiviti senaman plyometric exercise (lihat gambar) juga dapat membantu meningkat adaptasi dan fungsi neuromuscular otot.

-Mengambil air secukupnya.

-Senaman streching dan muscle strengthening yang berkala.

-Ada beberapa bukti yang mengatakan supplemen magnesium mengelakkan otot kejang dikalangan ibu mengandung. Namun masih belum cukup bukti kukuh secara eksperimen supplemen ini juga boleh kurangkan otot kejang dikalangan atlit sukan

“Sikit-sikit lama-lama jadi banyak”

Dr Fadly Khairie
Medical Mythbusters Malaysia
#runwithm3

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *