Skincare

3 Produk Ubat Jerawat Paling Bagus Di Pasaran Boleh Dibeli Online

Jerawat merupakan masalah yang menjadi mimpi ngeri terutamanya untuk remaja.

Apakah itu jerawat?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut tentang produk hilangkan jerawat, elok kiranya kita kenal dulu apa sebenarnya jerawat termasuk jenis jenis jerawat serta punca yang menyebabkan jerawat.

Jerawat merupakan keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Ini berlaku akibat daripada liang roma yang tersumbat dengan minyak ataupun sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari masalah jerawat biasa kepada masalah jerawat teruk.

Masalah Jerawat yang boleh dikategorikan sebagai masalah jerawat biasa contohnya Acne vulgaris, nodus & ‘cyst’.

Punca berlakunya jerawat : Apakah punca berlakunya jerawat?

1.Produk kosmetik atau penjagaan rambut yang berminyak & menutup liang roma
2.Persekitaran berminyak & kotor
3.Perubahan hormon
4.Bakteria
5.Penggunaan pakaian atau peralatan yang terlalu ketat pada kulit yang bersentuhan.
6.Sesetengah ubat : contohnya yang mengandungi phenytoin, iodin, bromide, steroid, isoniazid & lithium.
3 produk yang berkesan untuk hilangkan jerawat :

Berikut adalah 3 ubat jerawat yang berkesan untuk rawatan jerawat yang boleh dibeli secara “over the counter” di farmasi. Pastikan produk jerawat tersebut mempunyai hologram & ada no MAL untuk memastikan ianya diluluskan oleh pihak KKM.

1. Benzac Ac 5% Gel

Benzac Ac mengandungi benzoyl peroxide yang bertindak untuk membunuh bakteria punca jerawat. Ia juga bertindak untuk buang minyak berlebihan dari kulit.
Kelebihan
– sesuai untuk kulit berminyak
– Sesuai untuk jerawat muka dan badan.
– Cepat bertindak untuk membunuh kuman punca jerawat dalam masa 48 jam sahaja.

Beli online benzac Ac 5% Gel

2.Hiruscar Anti-Acne Spot Gel 10g

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel 10g mengandungi salicylic acid dengan kesan anti jerawat berkesan mengatasi masalah jerawat seperti “blackheads” & “whiteheads” “papules” & “pustules”. Formulasi khas untuk rawatan jerawat berkesan. Kandungan lain dalam hiruscar anti-acne spot gel ialah MPS yang bertindak untuk mengawal penghasilan sebum.

Bahan aktif : Salicylic acid 1%, Ethyl Ascorbic acid 0.05% and Glycosaminoglycans 0.05%.
Cara guna ; Sapu di tempat yang berkenaan 2-3 kali sehari.

Order sekarang Hiruscar Anti-Acne Spot Gel 10g

3.OXY 10 Acne Pimple Medication (10g) –

Sesuai untuk jerawat teruk.

Untuk jerawat degil yang tiada respond dengan rawatan yang rendah
mengandungi 10% Benzoyl Peroxide untuk bunuh bakteria punca jerawat.
Membantu menghilangkan minyak pada muka & hilangkan pori-pori tersumbat.
Cegah jerawat baru

Terdapat dalam 2 packaging
OXY 10 Acne Pimple Medication (10g)
OXY 10 Acne Pimple Medication (25g)

Baca juga : Ubat parut jerawat berkesan

 

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *