Uncategorized

Ubat Batuk Prospan

Ubat batuk prospan adalah ubat batuk herba yang sesuai untuk kanak kanak berumur 1 tahun ke atas. Prospan ubat batuk juga bagus untuk dewasa.

Prospan ubat batuk boleh digunakan untuk melegakan batuk kering dan basah pada kanak-kanak. Oleh kerana bahan aktif ubat batuk ini adalah bahan herba, ia boleh diambil untuk jangka masa yang lama.

Ubat batuk prospan

Prospan ubat batuk tidak mengandungi campuran alkohol, gula tambahan atau pewarna. Ubat Prospan sirap ini diperbuat daripada ekstrak daun kering Ivy yang melegakan dan mengurangkan simptom batuk dan sakit tekak. Tekak anda tidak akan mudah rasa perit atau terasa kering akibat batuk berterusan.

Soalan-soalan yang biasa diajukan tentang ubat batuk prospan :

Soalan : Adakah ubat batuk herba prospan mengantuk?

Jawapan : Tidak. Ubat batuk jenis ini tidak menyebabkan mengantuk. Ini kerana bahan aktif adalah dari extrak herba iaitu ivy leaf.

Soalan : Boleh ke guna sirap batuk herba prospan untuk dewasa?

Jawapan : Boleh, Ubat batuk herba prospan boleh digunakan untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sehingga dewasa. Dos berbeza mengikut umur pesakit.

Soalan : Bagaimanakan cara makan ubat batuk herba prospan ?

Jawapan : Cara makan ubat batuk sirap prospan bergantung kepada umur pesakit. Dos perlu disesuaikan mengikut umur atau berat pesakit.

Dos : Melainkan dengan saranan doktor,

: Anak (1-5 tahun) : 2.5ml 3 kali sehari

: Anak & Remaja (6-17 tahun) : 5ml 3 kali sehari

: Dewasa :5-7.5 ml 3 kali sehari

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *